Selasa, 20 Januari 2015

ALLAH MAHA SUCI DARIPADA SEGALA TERLINTAS DI AKAL

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA.


Al-Quddus bermaksud yang maha suci.
sebutan     nama al-quddus ada dua kali dalam al-quran iaitu firman allah yang bermaksud: " Dialah Allah yang tiada tuhan melainkan dia.


"yang menguasai( sekalian alam), yang maha suci, yang maha sejahtera (daripada segala kekurangan), yang mengurniakan keamanan, yang maha pengawas, yang maha kuasa, yang maha kuat( menundukkan segala- gala nya), yang melengkapi segala kebesaran-nya. maha suci allah daripada apa yang mereka persekutuan." (surah al-hasyr,ayat 23)


kemudian dalam surah al-jumuah, ayat 1 bermaksud: : segala yang ada di langit dan di bumi senantiasa mengucapkan tasbih kepada allah yang maha menguasai (sekalian alam), yang maha suci , yang maha kuasa lagi maha bijaksana,."

Nama ini diambil daripada kata at-taqdis yang bererti kemahasucuan allah azza wa jalla.timbangan kata quddus adalah fu'uul dan menurut sibawaih,sebutannya yang benar adalah quddus.namun,sebutan popular adalah quddus sama dengan subbuuh.


Timbangan kata ini dalam bahasa arab adalah petanda bahawa sebutan itu memiliki erti ganda atau sangat (mubalaghah). Daripada semua nama allah hanya nama ini yang setimbangan Fu'uul.


makna daripada nama allah swt ini ialah yang maha suci daripada segala aib, cela dan kekurangan.

Dalam al-quran disebutkan melalui lisan malaikat bermaksud:"ingatlah ,ketika tuhanmu berfirman kepada malaikat: " sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang kalifah dimuka bumi,"

"mereka berkata:"mengapa engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakkan padanya dan menumpahkan darah padahal kami senantiasa bertasbih dan mensucikan engkau?"

"tuhan berfirman: ""sesungguhnya aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."(surah al-baqarah,ayat 30)

az-zujaj berkata, makna ," kami mensucikan diri kami untuk mu orang taat kepadamu ."

allah maha suci daripada segala sesuatu yang terlintas pada akal dan fikiran manusia.segala yang terlintasdi hati manusia, maka allah berbeza dengannya. dia yakin allah bersifat  dengan segala sifat kesempurnaan, segala keindahan dan ketinggian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan