ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA
DOA KEAMPUNAN DAN RAHMAT
"Wahai tuhan kami! kami sudah beriman, maka ampunkanlah dosa kami serta berikanlah rahmat kepada kami dan sememangnya engkaulah jua sebaik-baik pemberirahmat." (Lihat al-quran, surah al-Mukminun, ayat 109)
Doa ini sangat baik untuk diamalkan bagi kita orang islam yang mendambakan syurga dan kenikmatan abadi.keampunan dan rahmatan nya. Dua perkara utama yang sangat diharap-harapkan bagi orang beriman.
Orang tidak beriman tempat kesudahannya adalah neraka. Mereka tentu sekali berasa menyesal dan merintih agar dikeluarkan dari neraka.
Sewaktu di dunia mereka bukan tidak tahu hidup didunia hanya sementara, iaitu sebagai tempat persingahan semata-mata.
tetapi kemegahan dan gemerlapan dunia mengaburi mata dan menutup hati nurani mereka sehingga ingkar nikmat tuhan.
Firman Allah bermaksud : "Dan tidak(dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa.Oleh itu tidak kah kamu mahu berfikir?"(surah al-an"am , ayat 32)
Menurut tafsir pimpinan ar-rahman, ini sebagai menjawab kaum kafir yang mengatakan,;"tidak ada hidup yang lain, selain hidup di dunia ini,".
Hal ini seperti dinyatakan ada ayat sebelumnya pada surah sama iaitu ayat 29 bermaksud:" dan tentulah merekan akan berkata pula: tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita didunia ini dan tiadalah kita akan dibangkitkan semula sesudah kita mati,"
sesungguhnya Allah maha pengasih lagi maha penyayang. rahmat nya terbentang luas buat hambanya, justeru, bermohonlah keampunan dan kerahmatan daripada allah tanpa jemu.
* 7 PERKARA MENYEBABKAN DOA TERTOLAK
- SEORANG BIJAKSANA DITANYA."Mengapa kami berdoa tetapi tidak juga diterima, padahal allah sudah berfirman(bermaksud): Berdoalah kamu kepada-ku .Nescaya aku perkenankan doa permohonan kamu."(surah mukmin , ayat 60)
jawab beliau:" sebabnya kamu melakukan tujuh perkara yang meyebabkan tertolaknya doamu dari langit."
jawabnya:
1.Kamu melakukan perbuatan yang memurkakan tuhan serta tidak bertaubat dan menyesali perbuatan itu.
2.Kamu berkata,"Kami hamba allah" tetapi tidak berlaku sebagai hamba yang patuh dan taat kepada penciptanya.
3. Kamu membaca al-quran tetapi tidak memerhatikan perintah dan larangan yang ada didalam nya.
4. kamu mengaku"kami umat Muhammad " tetapi tidak melakukan sunahnya, yakni masih tetap makan yang haram.
5. kamu mengakui bahawa dunia ini tidak berharga disisi allah walaupun sebesar sayap nyamuk, tetapi berasa tenang dengannya.
6. kamu berkata yang dunia ini akan hilang, tetapi kamu berbuat seakan-akan kekal selamanya.
7. kamu mengakui bahawa akhirat lebih baik daripada dunia, tetapi tidak bersungguh sunguh dalam usaha amal akhirat, bahkan masih mengutamakan dunia berbadingkan akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan